.::Just2Xpose::.

Reveal the Hidden...

9/28/2008 06:03:00 PM

Sunat Aidilfitri

Crafted by Voy@Ger

Sedikit ilmu mengenai sambutan Aidilfitri yang ingin dikongsi bersama selain perbuatan2 sunat semasa Aidilfitri yang terdapat dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah. Berkenaan sunnah Rasullah s.a.w...

~ Hidupkan malam 1 Syawal dengan memperbanyakkan takbir, bukan dengan menyiapkan banyak - banyak kuih raya yang tak sempat siap.
~ Qiam di malam 1 Syawal, bukan tengok rancangan TV sempena 1 Syawal.
~ Sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri, makanlah kurma dalam bilangan ganjil (1, 3, 5,...), kerana mengisytiharkan kita sudah tidak berpuasa.
~ Sunat pergi ke masjid/surau untuk solat sunat Aidilfitri menggunakan jalan lain, balik ke rumah guna jalan lain.
~ Bergembira dengan sanak saudara dan orang lain dan tidak bersedih. Kita tidak digalakkan untuk menziarahi kubur pada hari raya kerana perbuatan ini akan menimbulkan perasaan sedih kita terhadap orang yang telah meninggalkan kita. Perbuatan ini telah menjadi budaya orang kita dan dianggap satu kemestian, walhal perkara ini adalah bidaah dalam masyarakat kita.
~ Jangan lupa kalau mampu, tunaikanlah puasa enam di bulan Syawal.

Setakat itu sahaja secebis ilmu yang mampu dikongsi.

Selamat Berhari Raya, Semoga Sentiasa Diberkati-Nya.

9/27/2008 06:38:00 AM

Musuh cari ruang, kesempatan sekat Islam.

Crafted by Voy@Ger

Kewujudan musuh Islam di muka bumi ini bukanlah satu perkara baru. Ia telah bertapak dan berakar umbi sejak ratusan ribu tahun lalu sejak iblis dan syaitan mengisytiharkan penentangan mereka secara terbuka terhadap makhluk bernama manusia iaitu Nabi Adam a.s. walaupun ia adalah perintah daripada Allah yang mesti ditunaikan.

Namun keengganan makhluk perosak itu untuk tunduk kepada Adam walaupun ia perintah Allah SWT telah tercatat dalam buku sejarah sebagai permulaan episod siri penentangan dan pertembungan antara hak dan batil di muka bumi ini.

Apabila dunia semakin bertamadun, canggih dalam penemuan ilmu Sains dan Teknologi, bentuk penentangan juga menerima perubahan yang ketara. Ia tidak serupa penentangan yang pernah ditunjukkan oleh iblis ketika menentang Allah, tetapi bentuknya semakin berubah dari semasa ke semasa, yang penting penentangan itu dibuat bagi memastikan agar kekuatan Islam terhalang.

Penentangan dibuat adalah untuk menunjukkan bahawa bukannya mereka (musuh-musuh Islam) tidak tahu bahawa Islam merupakan agama yang memelopori Sains dan Teknologi, akan tetapi kerana terdapat penyakit dalam hati yang tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama yang membawa kebenaran dalam segenap keperluan hidup manusia.

Sikap menentang dan benci yang meluap-luap terhadap Islam sudah berakar umbi dalam hati sanubari manusia dan tidak mahu melakukan perubahan diri menerima bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui Allah SWT.

Mereka sedar untuk mengurangkan jumlah tentera Islam dalam satu-satu peperangan bukanlah semudah yang disangka. Justeru mereka beralih bentuk dan pendekatan untuk memerangi umat Islam, mereka mencipta pelbagai bahan rekaan permainan (game) yang boleh melekakan golongan remaja terutama yang beragama Islam, menaja pelbagai bentuk sukan yang boleh dilibat oleh remaja muslim walaupun tajaan itu daripada syarikat pengeluar minuman keras.

Musuh cari peluang rosakkan al-Azhar, al-Quran, Hari Jumaat dan Masjid al-Haram

Perkara di atas pernah disebut oleh seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya 'Maza 'An as-Sohwat al-Islamiyyah fi 'Asr al-Hadis', di mana beliau ada menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan keempat-empat perkara di atas perlu dirosakkan dengan apa cara sekalipun.

Beliau mendedahkan bahawa musuh Islam menyatakan kesungguhan mereka untuk menghancurkan keempat-empat aspek di atas, bagi mereka jika keempat-empat aspek tersebut berjaya dilakukan, maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Dr Abdullah beranggapan bahawa jika Universiti al-Azhar berjaya dirobohkan institusi pembelajarannya, pasti tidak akan wujud lagi sarjana, cendekiawan Muslim seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Mustafa Siba'ie dan Dr Abdul Halim Mahmud yang memiliki kekentalan jati diri, kefahaman Islam yang mendalam yang mampu mempengaruhi orang lain kepada Islam.

Ini kerana universiti berkenaan menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam, ada di antara mereka menjadi tokoh-tokoh negarawan yang berjaya seperti Presiden Maldives, Dr Abdul Qaiyum yang merupakan lulusan al-Azhar. Tidak kurang juga yang menjadi tokoh-tokoh hebat dalam gerakan Islam seperti Syeikh Saiyid Sabiq dan Syeikh Muhammad al-Ghazali.

Ringkasnya al-Azhar bagi mereka perlu dirobohkan, kalau tidak pun rosakkan sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti juga perlu dirosakkan, itulah yang telah mereka jalankan selama beberapa tahun.

Al-Quran

Al-Quran sebagai kitab panduan dan petunjuk kepada umat Islam seluruh dunia perlu dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim.

Ini mereka telah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lan puluhan dahulu.

Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musah Islam.

Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT.

Hari Jumaat - Kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan muslim tidak mendapatkan sesuatu daripada penyampaian khutbah pada hari itu.

Masjid al-Haram - Rumah Allah ini juga menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh khususnya ketika menjalani ibadat haji, usaha perlu dilakukan bagi merobohkan masjid berkenaan agar umat Islam terus berpecah dan tidak lagi bersatu padu.

Source: Harakahdaily.net

- I read this after Subuh prayer today.
- Last night was 27th Ramadhan, which Lailatul Qadr is the most likely to happen.
- And today is Saturday, heh..

9/25/2008 05:05:00 PM

Help!!! てつだって下さい!!! 

Crafted by Voy@Ger

Urgh..I've got a problem with this blog... About its template...

Let see the details:

  • I want a 3-column template for this blog, as you can see now. (If you can la...)
  • Then I went to search all the internet for it and I found this hot, red template but...
  • The problem came, which was it sometimes cannot reload the full template and as the result...
  • You can only view the contents without the background, images and proper orientation of the contents, like what had happened to Sue-ray. This also happens to me sometimes.
  • After went through this carefully, I have found that the problem started from the CSS (Cascading Style Sheets), which was hosted by the external source, not by the internal blogger template HTML. This means that the CSS was hosted outside the blogger editor and only was linked to the Blogger template.
  • The problem pops out when the external server is down, or the server is in high traffic (has many users in a time). That is why my blog cannot reload the CSS properly.
I have come with a solution, to host the CSS with my own choice hoster so that there will be no traffic to load it but I still do not know what online hoster will be good and available for me to do so.

If anybody can give some information about this to me, I will really appreciate it. Or maybe you have another solution, I will appreciate it too.

Please, help me.

9/24/2008 11:15:00 PM

Lailatul Qadr   ライラテゥカダー

Crafted by Voy@Ger


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Source: iLuvislam.com

9/24/2008 10:13:00 AM

Intro... はじめに

Crafted by Voy@Ger

Drum roll......

This is my 1st entry for my 1st blog when I created my blog for the 1st time and I wonder my !st attempt cannot make you and me satisfy, filling up each other hunger for blog's contents...

Ideas
The origin of the intention to create my own blog was from the other bloggers that can be called "successful-blogger-till-now" who already go a bit far in the world of blogging. Maybe they gain some kind of spirit that drive them to expand their own blog territory to the endless (?) route of the internet network, but what kind of spirit?

Haha, who know? Need to ask them. Maybe later .

Hope
I hope that I can be a motivated (a blogger needs to have this?), and a spirited "virtual-world-writer" like them too. Hope that I can improve my English also as recently I do not have a big chance to practice using the language. Ahah, maybe I can practise other language here too.

Hope so....